SERAMAI 11 anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal didapati positif dadah menerusi ujian awal saringan air kencing yang dijalankan kelmarin di Perak.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, ujian yang dilakukan secara rambang itu dilakukan di dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) melibatkan 56 anggota.
Jelas beliau, hasil ujian mendapati seramai sembilan anggota positif dadah jenis methamphetamine dan Amphetamine, manakala dua lagi positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC).
“Seramai 31 org anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pertama diambil urin secara rambang dan sembilan orang daripadanya didapati positif dadah.
“Seramai 25 orang lagi anggota dari IPD kedua diambil urin secara rambang dan dua orang daripadanya didapati positif dadah,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Baca artikel berkaitan: Pemandu bas disahkan bebas dadah, alkohol – polis
Jelas beliau, kesemua anggota yang positif dadah itu berusia antara 35 tahun hingga 51 tahun.
Katanya, kesemua tangkapan sudah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.
Jelas beliau, hanya seorang daripada anggota yang ditangkap mempunyai rekod tangkapan mengikut seksyen yang sama.
“Ini adalah ujian saringan awal terhadap anggota berkenaan. Selepas kita hantar urin untuk ujian patalogi dan jika mereka disahkan masih lagi positif dadah, kita bercadang untuk tuduh di mahkamah.
“Kita tidak akan berkompromi pembabitan kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota atau pegawai polis,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

