Sebuah bas ekspres terbalik di Lebuhraya Damansara, tengah malam tadi.

DUA pemandu bas persiaran yang terbalik di Lebuhraya Sultan Iskandar, dekat Bangsar, tengah malam tadi disahkan bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, sampel darah pemandu terbabit bagaimanapun telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia bagi ujian toksikologi.

Beliau berkata, kemalangan pada pukul 12.05 tengah malam itu melibatkan sebuah bas persiaran di Lebuhraya Sultan Iskandar, Kuala Lumpur.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas persiaran dengan 24 penumpang sedang dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Singapura.

Setibanya di lokasi di Lebuhraya Sultan Iskandar, bas yang dipandu telah hilang kawalan dan terbabas sendiri lalu melanggar tembok konkrit pembahagi jalan dan terbalik ke sebelah kiri laluan yang sama.

“Akibat kemalangan terbabit, 19 penumpang mengalami kecederaan dan di bawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, dua pemandu bas dan lima penumpang lagi tidak mengalami kecederaan dan telah hadir di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan selanjutnya.

Baca artikel berkaitan : Bas ekspres terbalik, 26 penumpang selamat

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987”.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran.

UtusanTV sebelum itu melaporkan, sepasukan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Sentul bersama jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati sebuah bas perisaran dua tingkat telah terbabas sebelum terbalik.

Mengulas lanjut, pihak bomba telah bertindak memecahkan tingkap hadapan bas untuk mengeluarkan mangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram