Kejam! Kanak-kanak berusia 4 tahun didera guna penyangkut baju, penyapu dan pencucuh api

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak berusia empat tahun didera dengan kejam menggunakan penyangkut baju, sebatang penyapu dan pencucuh api oleh seorang wanita dipercayai ibu angkatnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan kejadian dera itu pagi tadi dan terus bertindak menyelamatkan mangsa pada jam 2.30 pagi.

“Kita telah membuat tangkapan ke atas seorang perempuan dan seorang lelaki warganegara Singapura di sebuah rumah di Beranang, Selangor.

”Suspek berusia dalam lingkungan 28 hingga 30 an di tahan reman selama tujuh hari sehingga 28 Julai ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Air mata Misi Wan mengalir kenang kecederaan Bella

@utusantvofficial

Replying to @notgoodlookingguy . Habis luka badan. Kedia-dua suspek telah ditahan polis. #dera #beritaditiktok #fyp #TrendingNewsMalaysia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipukul kerana ‘hyper-aktif’ dan tidak mahu memakan nasi.

Katanya, suspek juga memaksa mangsa untuk menelan nasi sehingga termuntah.

Jelas beliau, kanak-kanak itu merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang tidak didaftarkan kelahiran dan diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak April 2022.

”Mangsa dikatakan dipukul oleh pasangan tersebut menggunakan ‘hanger’, kayu penyapu dan kadang-kadang dicucuh dengan pemetik api.

”Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan dan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan dibeberapa bahagian badan.

”Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Agong zahir nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri...

More Articles Like This