Isu pelekat logo halal atas meja: MBPP telah beri nasihat, amaran tak guna logo tanpa kelulusan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MAJLIS Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengambil tindakan dengan memberi nasihat dan amaran peniaga gerai burger di sebuah medan selera di Jalan Terengganu, George Town kerana melekatkan logo halal pada meja makan.

MBPP dalam kenyataan memaklumkan, siasatan yang dijalankan di lokasi berkenaan mendapati pengusaha gerai burger itu melekatkan logo tersebut bagi mengelakkan penggunaan meja berkenaan oleh pelanggan yang menikmati makanan tidak halal.

Menurut MBPP, gerai burger tersebut baru beroperasi dalam premis kedai makanan swasta telah melekatkan logo halal pada tiga buah meja makan.

“MBPP menerusi Jabatan Pelesenan telah mengambil tindakan dengan memberi nasihat dan amaran untuk tidak menggunakan logo halal tanpa kelulusan dan melekatkan apa-apa yang boleh menimbulkan isu perkauman.

“Untuk makluman, pemilik premis telah patuh pada arahan jabatan dan telah mengeluarkan semua pelekat yang dilekatkan dengan segera.

“Sebagai pihak berkuasa tempatan, MBPP sentiasa berpaksikan kepada dasar kerajaan negeri yang inklusif di mana keharmonian, sensitiviti dan keselesaan seluruh warga kota berbilang kaum dan agama sentiasa menjadi keutamaan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, MBPP menegaskan dan menafikan sekeras-kerasnya bahawa insiden atau pelaksanaan tersebut berlaku di mana-mana premis makanan, pasar awam atau kompleks makanan di bawah seliaan dan pengurusan MBPP.

“Selain itu, perkara tersebut juga sama sekali tidak pernah terkandung di dalam mana-mana dasar atau polisi rasmi MBPP,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This