Suspek ditahan polis selepas memenggal kepala isterinya.

SEORANG suami berusia 55 tahun didakwa memenggal kepala isterinya selepas mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dalam satu kejadian di daerah Dhenkanal, India Jumaat lalu.

Suspek Nakaphodi Majhi yang berasal dari kampung Chandrasekharpur ditahan polis ketika dia berjalan kaki sambil memegang kepala isterinya berusia 45 tahun ke balai polis Gonida.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga selama 25 tahun dan mempunyai dua orang anak hasil perkongsian hidup.

Memetik laporan Times Of India, pihak polis mengatakan suspek meragui kesetiaan isterinya dan mereka sering bergaduh.

Akibat perselisihan yang berlaku, mereka menghabiskan banyak masa dengan bergaduh sesama sendiri.

Baca artikel berkaitan: Kejam! Kanak-kanak berusia 4 tahun didera guna penyangkut baju, penyapu dan pencucuh api

@utusantvofficial

AMARAN! Video yang dipaparkan mengandungi imej yang mungkin mengganggu emosi. Si suami syak isteri curang, lalu dia penggal kepala. Kejadian di daerah Dhenkanal, India #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Kata polis, suspek dipercayai membunuh isterinya sekitar pukul 3.30 hingga 4 pagi menggunakan senjata tajam sebelum bertindak memenggal kepala.

“Suspek berjalan sejauh 12 kilometer bagi menyerahkan kepala isterinya ke balai polis,” kata laporan itu.

Namun, ketika dalam perjalanan beberapa orang kampung Jankira telah menangkap suspek dan menghubungi polis.

Suspek kemudian ditahan dan pihak polis turut merampas senjata serta kepala milik isterinya yang dibawa bersama-sama.

Pihak polis kini menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram