PM yakin rangkaian 5G lonjak daya saing ekonomi Malaysia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan keyakinan rangkaian 5G mampu melonjakkan daya saing ekonomi Malaysia.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut berharap rangkaian 5G dapat meningkatkan tahap produktiviti dan nilai tambah industri.

Keyakinan itu diluahkan Perdana Menteri selepas menerima kunjungan hormat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ericsson, Borje Ekholm di pejabat beliau, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, perbincangan bersama Ekholm tertumpu kepada status terkini pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.

Kata beliau, Ericsson sendiri mengakui bahawa Malaysia mampu menjadi perintis kepada pembangunan prasarana dan liputan 5G.

“Saya sebagai Perdana Menteri amat memahami bahawa teknologi dan 5G memainkan peranan besar dalam melonjakkan daya saing ekonomi Malaysia.

“Impak positif yang bakal diterima Keluarga Malaysia serta tahap produktiviti dan nilai tambah industri daripada pelaksanaan teknologi 5G amat jelas sekali.

Baca artikel berkaitan: Annuar Musa lawat pejabat DNB, tinjau status terkini jalur lebar negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan hormat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ericsson, Borje Ekholm di pejabat beliau, hari ini.

“Ekholm telah memberikan komitmen kepada saya setelah 57 tahun Ericsson bertapak di Malaysia, syarikat itu akan terus mempergiat aktiviti dan pelaburan di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

27 Jun lalu, Ericsson dan Digital Nasional Bhd (DNB) dilaporkan berada dalam landasan kukuh untuk mencapai kira-kira 80 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk menjelang akhir 2024 dengan rangkaian itu kini disediakan di beberapa kawasan di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

Pada 30 Jun, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan enam syarikat telekomunikasi akan mengambil kepentingan ekuiti dalam DNB bagi pelaksanaan 5G di negara ini.

Pada Mac lalu, kerajaan membuka 70 peratus peluang kepada semua penyedia perkhidmatan komunikasi untuk memiliki kepentingan ekuiti di dalam DNB.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This