Pengunjung sanggup berpanas beli barangan keperluan pada hari terakhir AKM

Dari Penulis

CUACA panas tidak mematahkan semangat pengunjung untuk membeli barangan keperluan asas di program Lelongan Jualan Keluarga Malaysia sempena hari terakhir Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Kelantan, di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Lelongan Keluarga Malaysia yang diadakan di reruai Coop Mart di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, mula dipenuhi pengunjung kira-kira 12 tengah hari meskipun jualan murah itu hanya bermula pada 1 tengah hari.

Bagi Ariffin Mat Isa, 47, dari daerah ini sanggup menunggu di hadapan reruai tersebut seawal 10 pagi di hadapan reruai tersebut, untuk menikmati promosi harga yang ditawarkan menerusi program itu.

“Saya datang ke sini untuk membeli barangan keperluan seperti beras, telur, milo dan ayam… saya ambil peluang ini untuk menambah bekalan di rumah kerana mempunyai keluarga yang besar,” katanya kepada Bernama.

Aiksalwana Yusof, 53, turut mengambil peluang membeli beras menerusi Lelongan Jualan Keluarga Malaysia, selepas mengetahui mengenai program itu dari rakannya.

BERITA BERKAITAN AKM Kelantan: Ramai pengunjung terkejut miliki Wang Tak Dituntut

“Saya datang untuk periksa gigi dekat klinik pergigian berdekatan, tetapi selepas dengar dari kawan mengenai program ini terus saya datang sini untuk beli beras,” katanya yang berasal dari Kota Bharu.

Dalam pada itu, Wan Rusmayaty Wan Hussin, 45, berkongsi rasa puas selepas membeli barangan seperti empat pek Mi Segera, empat tin sardin, dua pek minyak dan dua pek milo dengan berharga RM71.90. 

“Barangan di sini sangat murah dan jenis barangan yang dijual memang susah untuk dapat dekat luar. diharapkan kerajaan dapat teruskan program seperti ini kerana ianya dapat banyak membantu semua golongan.

Pengerusi Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia Kelantan Dr Mat Said Ismail berkata program itu merupakan inisiatif  Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), dengan memberikan 35 peratus potongan harga.

Katanya program ini jelas dapat memberi manfaat kepada pengunjung kerana dapat menikmati barangan asas dengan harga murah berbanding di kedai runcit mahupun kilang.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This