SEORANG warga emas hanya cedera ringan selepas kereta yang dipandu dirempuh sebuah lori kontena dalam satu kemalangan di Jalan Kampung Ulu Pulai, Pontian, pagi tadi.
Biarpun kereta Toyota Camry remuk pada bahagian hadapan, mangsa berusia 66 tahun hanya mengalami luka di kening kiri dan kedua-dua belah tangan.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima aduan daripada pemandu lori berusia 28 tahun pada pukul 11.30 pagi.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sewaktu warga emas berbangsa Cina itu dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Pontian.
“Setibanya di lokasi kejadian pemandu lori telah hilang kawalan sebelum terbalik dan melanggar kereta mangsa,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Ujarnya, akibat kemalangan itu, pemandu lori turut mengalami luka.
@utusantvofficial Biarpun kereta Toyota Camry remuk pada bahagian hadapan, mangsa hanya mengalami luka di bahagian kening kiri dan kedua-dua belah tangan. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok
♬ Mysterious – Andreas Scherren
Baca artikel berkaitan : Pejalan kaki maut dilanggar lari
Kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

