Program JKIP dilanjutkan sehingga 31 Disember – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PROGRAM JaminKerja-Insentif Penggajian (JKIP) yang sepatutnya berakhir 30 Jun lalu telah dilanjutkan sehingga 31 Disember depan.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap sewaktu merasmikan Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022, hari ini.

Perdana Menteri berkata, program tersebut dilanjutkan ekoran suasana dunia akibat krisis geopolitik dan perubahan iklim global yang memberi kesan kepada kos sara hidup Keluarga Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, JKIP telah dapat memangkinkan penciptaan peluang pekerjaan dan pengambilan pekerja sepanjang tahun ini.

Beliau berkata, program JKIP itu dan perkhidmatan pekerjaan MYFutureJobs telah membantu menyediakan jaminan pekerjaan kepada kira-kira 113,672 ahli Keluarga Malaysia.

“Namun disebabkan suasana dunia yang tidak menentu, kerajaan melanjutkan tempoh program JKIP yang berakhir pada 30 Jun lalu kepada 31 Disember ini.

“Lanjutan program ini akan menumpukan kepada pengambilan pekerja dalam kategori mudah terjejas seperti golongan orang kurang upaya (OKU), wanita, individu yang hilang pekerjaan, pekerja dalam sektor pelancongan dan bekas banduan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan bertanyakan sesuatu kepada salah seorang pengunjung yang hadir untuk mencari peluang pekerjaan ketika hadir merasmikan Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: PM kecewa gaji ditawar majikan tidak setimpal kelayakan

Peruntukan berjumlah RM2 bilion telah disediakan pada 2022 bagi program tersebut yang dihadap dapat mewujudkan 300,000 peluang pekerjaan baharu.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan amat prihatin dengan keluhan Keluarga Malaysia dan sentiasa mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi termasuk berkaitan pengangguran dan kehilangan pekerjaan.

Bagi memastikan perkara itu dapat ditangani dengan efektif, Ismail Sabri memaklumkan, pelbagai inisiatif berkonsepkan ‘jamin kerja’ telah dilaksanakan untuk membantu mereka yang benar-benar terkesan dan memerlukan.

“Dalam usaha merapatkan jurang penawaran dengan permintaan pekerjaan oleh majikan dan pekerja, sebuah profiling kebangsaan perlu dibangunkan dengan mempergiat usaha pelaksanaan program seru temu pemprofilan pencari kerja di seluruh negara.

“Justeru, saya ingin menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia untuk merebut segala inisatif dan insentif yang ditawarkan.

“Ia bukan sahaja untuk menambah baik kehidupan tetapi juga berganding bahu memulih dan memperkukuh semula ekonomi negara,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This