PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa kecewa terhadap majikan yang menawarkan gaji tidak setimpal dan berpadanan dengan kelayakan serta kerja dilakukan anak-anak tempatan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan kini giat membangunkan ‘kumpulan bakat’ yang berkemahiran, produktif dan berpotensi tinggi.
Menurut Perdana Menteri, statistik MyFutureJob menunjukkan lingkungan gaji bagi kekosongan jawatan yang paling banyak ditawarkan di seluruh negara sehingga bulan ini adalah antara RM1,200 hingga RM2,000 sebulan.
Ismail Sabri turut mengingatkan majikan bahawa gaji minimum pekerja telah pun dinaikkan kepada RM1,500 bagi keselesaan hidup Keluarga Malaysia mulai 1 Mei lalu.
“Sehubungan itu, saya meminta semua majikan mengambil serius mengenai perkara ini kerana pekerja merupakan tunjang utama dalam mana-mana organisasi di mana mereka boleh make or break sesuatu perniagaan,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Iskandar Malaysia catat RM13.2 bilion pelaburan komited – PM
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), hari ini.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri turut menggesa Kementerian Sumber Manusia untuk berundingan dengan pihak majikan dan wakil-wakil pekerja bagi mengenal pasti pendekatan serta solusi terbaik kepada masalah tersebut.
Malah, Perdana Menteri berkata, platform ‘tripartite’ Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan juga boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan konsultasi tiga penjuru.
Kata beliau, ia bagi mencapai kata sepakat demi kesejahteraan semua Keluarga Malaysia.
“Saya ingin menyeru kepada majikan termasuk agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta supaya menyediakan peluang kerja serta insentif terbaik untuk pencari kerja.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

