Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi udang mentega lemon yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Berbaloi cuba.

BAHAN-BAHAN
6 – 7 ekor udang
2 ulas bawang putih | ketuk
2 cm halia |sagat halus
250 gm mentega
Cili merah | dadu kecil
Sedikit daun ketumbar | akar
dan batang dicuci bersih, daun
disimpan untuk hiasan
Jus lemon secukupnya
Sedikit parutan kulit lemon

CARA MENYEDIAKAN
1.Cairkan mentega di dalam periuk atas api perlahan. Masukkan bawang putih, halia, batang dan akar daun ketumbar. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
2.Kemudian masukkan udang dan tutup periuk. Biarkan udang masak di dalam mentega dengan perlahan-lahan.
3.Masukkan jus lemon bersama kulitnya apabila udang telah masak. Hiaskan dengan daun ketumbar yang dicincang halus dan cili merah.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram