LAGU Negaraku berkemundang buat kali kedua di Pusat Pameran Nasional (NEC) Birmingham apabila apabila atlet angkat berat, Muhamad Aznil Bidin berjaya muncul juara bagi kategori 61 kilogram (kg).
Kejayaan badang negara itu menyaksikan kontinjen Malaysia menambah satu lagi kutipan pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Atlet kelahiran Kedah itu muncul pemenang selepas berjaya mengumpulkan angkatan sebanyak 285kg menerusi acara snatch dan clean & jerk.
Angkatan bebanan keseluruhan itu merupakan rekod baharu temasya.
Kejayaan tersebut juga sekali gus membuktikan kehebatan atlet berusia 28 tahun itu, yang berjaya mempertahankan gelarannya yang dimenangi pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia.
Wakil Papua New Guinea, Morea Baru yang menghimpunkan 273kg hanya berpuas hati dengan pingat Perak manakala gangsa milik badang dari India, Gururaja Gururaja.
Pingat perak dimenangi wakil Papua New Guinea, Morea Baru yang menghimpunkan 273kg manakala gangsa milik atlet India, Gururaja Gururaja.
Sebelum itu, Malaysia meraih emas pertama menerusi Mohamad Aniq Kasdan yang memenangi kategori 55kg dalam saingan yang berlangsung di NECBirmingham.

