POLIS menahan lapan lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan dengan menggunakan senjata di sebuah kedai makan dekat Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 9 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, siasatan mendapati seramai 15 ke 20 orang dari dua kumpulan terlibat dalam pergaduhan terbabit.
Beliau berkata, polis tiba tempat kejadian dan mendapati pergaduhan telah selesai dan kesemua suspek melarikan diri.
“Pergaduhan dipercayai berpunca kerana perselisihan faham atas isu parkir kenderaan antara seorang penyewa rumah dengan pengawal keselamatan di perumahan tersebut masing-masing berbangsa Melayu pada pagi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, satu operasi telah djalankan dan polis kini giat mengesan beberapa suspek yang turut terlibat dalam kejadian terbabit.
@utusantvofficial AMARAN! Video dipaparkan mungkin mengandungi imej yang mengganggu emosi. Kejadian melibatkan 15 ke 20 orang. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok
♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV
Baca artikel berkaitan : Merusuh di kedai makan, polis tahan tujuh individu
Katanya, kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Tegasnya, kejadian terbabit bukan berpunca dari isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan orang awam.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Rohaidy di talian 013-932 4302 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

