Tangkap layar rakaman aksi seorang lelaki lengkap berpakaian angkasawan dikatakan orang Sabah pertama "menjejakkan" kaki ke bulan.

KECOH apabila satu klip video memaparkan aksi seorang lelaki lengkap berpakaian angkasawan dikatakan orang Sabah pertama “menjejakkan” kaki ke bulan.

Walaupun ia sekadar satu hiburan, tetapi video itu tular sehingga kini sudah mencapai lebih satu juta tontonan sejak ia mula dimuat naik dua hari lalu.

Ia dimuat naik di akaun Facebook Rey Silver Prince dengan kapsyen “First Sabahan arrived at Moon” atau Orang Sabah pertama sampai ke bulan.

UtusanTV menjejaki asal usul video tersebut dan akhirnya menemui rakaman yang sama dimuat naik pada tahun 2019.

Ia dimuat naik oleh Rj shiv, pada 2 September 2019 dengan kapsyen “Moon Walk in India”.

Tangkap layar hantaran dengan rakaman video yang sama bertarikh 2 September 2019.

@utusantvofficial

Min bagi video original dengan bunyi asal. Kalau betul nanti orang Sabah nak ke bulan apa salahnya 😁. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Baca artikel berkaitan : Perbezaan cahaya matahari dan bulan, ia telah dinyatakan dalam al-Quran sebelum sains membuktikannya

Sementara itu, rata-rata warganet membanjiri ruangan komen turut terhibur dengan video tersebut kerana ramai yang memahami situasi sebenar jalan raya di Sabah.

“Maju sudah ni bulan sekarang, lama2 ada LRT sudah pigi bumi,” tulis Martina JZen.

“Dy (dia) nk tunjuk keadaan jalan dh teruk nau.. Dh mcm dkt bulan.. Bagusss..” komen Zara Bouquet Serkam.

“Lepas ni kalau nk buat filem pasal bulan, dtg sjaa ke jalan raya sabah,” kata Rei Kyoo.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’