PRESIDEN Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Mohd Arshad Abdul Mualap dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas dipercayai menjadi dalang sindiket penipuan ‘kad kebal’ kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam sidang media hari ini berkata, sindiket menjanjikan kepada mangsa bahawa pemilik kad akan menerima kelebihan seperti pendidikan dan perubatan sama seperti warganegara.

Penggunaan ‘kad kebal’ itu dibongkar selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor menahan Mohd Arshad, 48, serta seorang lagi individu, Mohamad Amkah Ahmad, 46, di Subang Jaya pada 22 Jun lalu.
Kad perlindungan itu dijual dengan harga RM400 hingga RM1,000 kepada mana-mana warga asing, memetik laporan Berita Harian.
Sindiket itu yang beroperasi sejak awal tahun ini, akan mengeluarkan kad yang mempunyai kod imbasan QR berserta maklumat dan data serta borang permohonan kewarganegaraan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
BERITA BERKAITAN Rasuah, SPRM buru dua pemegang kad UNHCR warga Myanmar
“Kedua-dua suspek ini sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Hamzah berkata, orang ramai terutama warga asing diingatkan bahawa hanya terdapat empat kad pengenalan yang sah dikeluarkan di negara ini.
“Untuk menjadi penduduk di negara ini kita ada empat kad pengenalan, pertama kad pengenalan berwarna biru yang diberikan kepada warganegara Malaysia.
“Yang kedua kad pengenalan berwarna merah diberikan kepada penduduk tetap, ketiga kad pengenalan berwarna hijau bagi pemastautin sementara berstatus bukan warganegara dan keempat adalah kad pengenalan berwarna coklat untuk mereka yang melakukan kesalahan besar,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

