Resipi ikan pari masak pecel ini sangat mudah. Rasanya sangat sedap dan berlemak. Sekali rasa pasti nak lagi. Jom ikuti bahan dan cara menyediakan resipi menarik ini.

BAHAN-BAHAN:
500 gm ikan pari
80 ml minyak masak
500 ml santan
1/2 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam
4 helai daun cekur – hiris halus

BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15 gm belacan
8 tangkai cili padi
4 biji isi cekur

CARA MENYEDIAKAN:
1.Lumur ikan dengan sedikit garam dan bakar di dalam kuali hingga setengah masak.
2.Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga agak garing
3.Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Kecilkan api, di dihkan selama 5 minit.
4.Masukkan daun cekur dan ikan, masak lagi selama 5 minit.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram