Dua kanak-kanak maut manakala seorang lagi kanak-kanak cedera parah selepas dicampak dari atas Lebuhraya MRR2, Kepong oleh seorang lelaki Myanmar pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentol, ACP Beh Eng Lai, lelaki Myanmar yang berusia 38 tahun itu kemudian turut terjun dari atas Lebuhraya MRR2 Kepong tersebut dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jelas beliau, ketinggian dari Lebuhraya MRR2 itu ke lokasi mangsa ditemui lebih kurang 20 meter.

”Pada jam 5.50 pagi tadi, polis menerima satu laporan terdapat seorang lelaki telah mencampak tiga kanak-kanak warganegara Myanmar dari atas Lebuhraya MRR2 Kepong.

”Menurut saksi, sebelum kejadian, lelaki Myanmar itu didapati berjalan sambil mengendong seorang kanak-kanak manakala dua lagi kanak-kanak dipegang dipegang di tangan kanak dan kirinya.

”Saksi telah menghampiri lelaki tersebut namun secara tiba-tiba lelaki itu mencampak ketiga-tiga kanak-kanak itu ke bawah.

”Lelaki Myanmar itu juga terus terjun dari Lebuhraya MRR2. Kesemua mangsa ditemui di tepi jalan raya berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Tertekan keluarga asyik minta duit, pembantu rumah cuba bunuh diri

Mengulas lanjut, Eng Lai berkata, lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, seorang lagi kanak-kanak yang cedera parah telah dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan kerana keadaan sangat kritikal.

”Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut dan keretakan pada rusuk kiri.

”Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kesemua mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram