Aizat Amdan umum kahwin,pilih 14 Ogos akhiri zaman bujang – “Dia ibarat kopi saya…,”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Aizat Amdan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 14 Ogos dengan pengurusnya, Elyssa Alia Ilias.

Menurut Aizat atau nama penuhnya Muhammad Aizat Amdan,33, majlis pernikahan mereka akan berlangsung di A-Park, Puchong, Selangor. 

“Insya-Allah doakan perancangan kami untuk bergelar suami dan isteri berjalan lancar.

“Saya memilih tarikh 14 Ogos itu kerana sebulan selepas itu ialah hari jadi Elyssa.

“Maksudnya, sewaktu sambutan hari lahirnya nanti, dia sudah berstatus seorang isteri kepada saya,” katanya kepada URTV.

Aizat ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Hanya Kita Dua di Indigital Music, Damansara Perdana.

Bercerita lanjut tentang single berkenaan, Aizat memberitahu lagu itu merupakan kesinambungan single Sampai Ke Hari Tua.

Lebih manis lagi, lagu ciptaan Mel Ramlan itu didedikasikan untuk bakal isterinya.

“Apabila lagu Sampai Ke Hari Tua mendapat sambutan hangat daripada peminat, saya terfikir untuk membuat satu lagi lagu baharu yang lebih rancak.

“Lagu ini memang bertemakan perkahwinan dan saya ambil kesempatan untuk mendedikasikan lagu ini kepada bakal isteri sempena majlis perkahwinan saya nanti.

“Bukan semata-mata untuk kami tapi saya juga mahu semua pendengar menikmatinya sebagai sebuah karya yang baharu, segar dan manis buat semua,” ungkapnya.

Sementara itu, Aizat menyifatkan Elyssa adalah wanita yang paling tepat untuk mengisi ruang hatinya.

“Dia seorang wanita yang banyak mengubah diri saya. Banyak beri semangat untuk kejar impian.

“Apa yang membuatkan saya yakin nak melamar dia sebab dia banyak beri kata-kata dorongan untuk saya jadi suami.

“Sejujurnya kami tak pernah berbincang soal perkahwinan tetapi satu hari kami berbual tentang masa depan hubungan kami.

“Dia juga banyak buka hati saya untuk berkongsi perkara peribadi sebab sebelum ini saya bukan jenis yang suka bercakap hal peribadi. Dia ibarat kopi sering buat saya ceria dan bertenaga,” katanya. 

Untuk rekod, pasangan ini memilih untuk tidak bertunang sebaliknya hanya merisik pada 12 Februari lalu. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This