Suspek menetak sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan menggunakan parang.

HANYA kerana membunyikan hon, seorang lelaki nekad menetak sebuah kenderaan menggunakan parang dalam kejadian di Jalan Upper Lanang, Sibu, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa berusia 37 tahun pada pukul 10.09 pagi.

Beliau berkata, suspek berjaya ditahan bersama barang rampasan pada pukul 1 petang, hari yang sama.

“Suspek berusia 27 tahun direman hari ini di Mahkamah Sibu bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Baca artikel berkaitan: Lapan lelaki terlibat pergaduhan di Kuala Ibai didakwa

Terdahulu, tular satu klip video memaparkan pemandu kereta Perodua Kancil merah bertindak memandu secara melulu sebelum berhenti di hadapan pacuan empat roda mangsa.

Suspek kemudian bertindak agresif dengan mengeluarkan sebilah parang dari tingkap kereta dan menetak kenderaan dipandu mangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram