- Gambar hiasan Freepik

LIMA lelaki mengaku bersalah, manakala tiga lagi minta dibicarakan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan terlibat dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah kedai makan di Kuala Ibai minggu lepas.

Tertuduh, Lee Soon Li, 24; Muhammad Adam Mikhail, 27; S. Peter Gumbang, 25; Harith Iskandar Rosdi, 26; dan Sia Wei Jun, 23, mengaku bersalah manakala tiga lagi yang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan pula ialah Nurul Shahrizal Mohd, 41; Mohd Kazman Ishak, 36 dan Mohd Saddam Ishak, 31.

Kesemua tertuduh didakwa secara bersama melakukan gaduh gempar di hadapan sebuah restoran di Kuala Ibai pada 8.15 malam, 28 Julai lepas.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan dibacakan kepada semua mereka di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Baca artikel berkaitan: Lelaki tendang muka isteri kerana cemburu, tidak mengaku salah di mahkamah

Majistret membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,800 seorang dan menetapkan tarikh 4 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Mohd Ridhuan Mohina Din.

Sebelum ini tular di media sosial satu klip video berdurasi 23 saat yang memaparkan pergaduhan di restoran berkenaan. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram