Gosip sudah berkahwin, Laudya Cynthia Bella ucap ‘goodbye’ kepada dunia seni

Dari Penulis

SELEPAS gosip mengenai dirinya yang sudah berkahwin dengan jejak dari Dubai, selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella membuatkan pengumuman mengejutkan ramai pihak apabila dia mahu bersara daripada dunia seni.

Jelas Laudya, dia sebenarnya sudah lama berhasrat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia glamor dan mahu fokus kepada kehidupannya.

“Doakan semoga saya istiqomah. Insya-Allah tak ada filem lagi. Kali terakhir saya berlakon adalah filem Buya Hamka.

“Memang saya dah pasang niat tapi sudah nama pun manusia pasti lemah. Semoga Alalh membantu.

“Saya nak kejayaan saya bukan di dunia sahaja tapi di akhirat juga. Masih banyak yang perlu saya lalui dan pelajari terutamanya dengan status saya sekarang ini,” katanya memetik laporan Liputan6.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial apabila seorang wanita yang seakan mirip Laudya dikhabarkan sudah bernikah dengan seorang lelaki warganegara Dubai.

Namun, pengurus Laudya sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya khabar angin tersebut.

Untuk rekod, Laudya pernah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada September 2017 sebelum mereka membuat keputusan untuk bercerai pada Julai 2020.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This