SEJAK beberapa hari lalu, ‘suhu’ media sosial agak panas apabila bertebaran khabar angin mendakwa pelakon popular Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella sudah bernikah dengan pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Nuzul Dzikri sekaligus bergelar isteri ketiga.
Tidak membiarkan gosip liar tersebut ‘tergantung’ sepi, Laudya menerusi rakan rapatnya iaitu Kaditya Ayu tampil menangkis semua tuduhan tidak benar itu.
Menurutnya, Laudya akui berasa sedih dengan tohmahan tidak berasas mengenai fitnah sudah bernikah dengan penceramah terkenal Indonesia itu.
“Bella cakap, dia sedih dengan berita tak sahih yang viral di media sosial.
“Bella juga izinkan saya untuk memberitahu perkara sebenar kepada umum,” katanya memetik portal Kapanlagi.
Kontroversi tersebut mula timbul selepas seorang individu berkongsi ucapan tahniah datas perkahwinan aktres tersebut bersama ahli agamawan itu di media sosial.
Bagaimanapun, pengguna laman sosial tersebut memohon maaf dan memaklumkan berita yang dikongsinya itu tidak benar.

