SRI Aman, Sarawak menjadi satu-satunya lokasi dalam negara yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat dilanda jerebu pagi tadi.
Memetik laporan Berita Haraian, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laman sesawang melaporkan, bacaan IPU di lokasi itu berada pada tahap tidak sihat iaitu 105 pada 1 pagi.
Selepas itu, bacaan tersebut mula meningkat kepada 111 dan 121 pada 3 pagi.
Kemudian, bacaan IPU mencapai paras 131 pada jam 4 pagi, diikuti dengan 142 pada jam 5 pagi, 151 pada jam 6 pagi dan 152 pada jam 7 dan 8 pagi.
Baca artikel berkaitan: Cuaca panas, jerebu dijangka melanda negara mulai Julai – MetMalaysia
Setakat 8 pagi tadi, bahagian lain di Sarawak masih mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana dengan Kuching 70, Samarahan (74), Serian (83), Sibu (56), Mukah (53), Bintulu (61), Miri (56), Limbang (55) dan Lawas (53).
Dua bahagian pula mencatatkan bacaan pada tahap baik iaitu Betong (49) dan Kapit (43).
Mengikut bacaan IPU, 0 – 50 dikategorikan sebagai baik, sederhana (51 – 100), tidak sihat (101 – 200), sangat tidak sihat (201 – 300), berbahaya (301 – 400), sangat bahaya (401 – 500) dan kecemasan (lebih 501).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

