Perang Gaza: Kematian penduduk Palestin meningkat 48 orang

Dari Penulis

ANGKA kematian penduduk Palestin dalam pertempuran antara tentera pengganas rejim Zionis dan kumpulan pejuang Palestin di Gaza meningkat kepada 48 orang semalam.

Kementerian Kesihatan di Gaza berkata, ia susulan kematian seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun akibat kecederaan dialami semasa pertempuran berkenaan.

Selain itu, dua kanak-kanak Gaza berusia 8 dan 14 tahun juga sedang bertarung nyawa di Hospital Baitulmuqaddis.

Lebih 300 penduduk Palestin cedera dalam serangan tentera rejim yang menyasarkan kedudukan kumpulan Jihad Islam di Gaza.

Kumpulan itu dalam reaksi balas melancarkan ribuan roket ke kawasan Israel dalam perang rentas sempadan selama tiga hari yang disifatkan terburuk sejak perang 11 hari dengan Hamas tahun lalu.

Kematian kanak-kanak berusia 11 tahun itu, Layan al-Shaer, di Hospital Mukassed di Baitulmaqdis, juga menambah jumlah kematian kanak-kanak kepada 17 orang.

Dua lagi kanak-kanak Palestin yang kritikal, Nayef al Awdat ,8, dan Mohammed Abu Ktaifa juga dirawat di hospital sama.

Nayef yang juga kanak-kanak buta, cedera akibat serangan udara Israel, manakala Mohammed cedera dalam letupan yang berlaku berhampiran majlis perkahwinan, yang turut meragut nyawa seorang wanita warga emas.

Gencatan senjata pada Ahad menghentikan pertempuran perang antara kedua-dua pihak selepas tentera Israel menahan seorang pemimpin Jihad Islam di Tebing Barat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This