KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam terutama melibatkan sistem saraan pada 30 Ogos ini.

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata pihaknya berharap kerajaan dapat melaksanakan sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil serta saksama untuk semua penjawat awam di negara ini.

“Diharap ada khabar gembira daripada Perdana Menteri pada perhimpunan bulanan penjawat awam hujung bulan ini.

“Pada luaran, orang melihat penjawat awam bahagia, namun hakikatnya tiada siapa yang mengetahui melainkan penjawat awam itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Program Ceupacs Bersama Penjawat Awam di Lahad Datu hari ini.

BERITA BERKAITAN Cuepacs, tidak perlu ugut tuntut kenaikan gaji

Menurutnya, satu mesyuarat kongres Ceupacs telah diadakan di Kota Kinabalu pada Jun lepas dan segala input yang diperoleh berkaitan keperluan penjawat awam, sudah disampaikan kepada kerajaan.

Cuepacs menurutnya berjuang memastikan kebajikan penjawat awam terjamin sewaktu negara berhadapan pandemik COVID-19 dan akhirnya bersetuju memberi antaranya bantuan khas.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram