K-KOMM ambil tindakan serta-merta berhubung isu ceroboh data iPay88 – Annuar

Dari Penulis

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) mengambil tindakan serta-merta berhubung insiden pencerobohan data penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Cyber Security Malaysia (CSM) yang mengadakan pertemuan dengan pihak iPay88 pagi tadi.

“Kes ini masih dalam sisatan lanjut oleh vendor iPay88 iaitu SISA dari Singapura yang sudah mengenal pasti jenis ancaman menggunakan ‘Cobalt Strike.’

“Pelayan yang terjejas sudah dikeluarkan daripada talian bagi tujuan siasatan lebih lanjut. Siasatan oleh SISA masih dalam tindakan dan segala keputusan akan dimaklumkan kepada JPDP dan CSM oleh pihak iPay88,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di premis sekitar Kok Lanas hari ini.

BERITA BERKAITAN Belum ada perubahan keputusan sekat eksport ayam – Annuar

Annuar juga berkata pihak iPay88 memaklumkan bahawa isu kebocoran data peribadi pengguna belum disahkan kerana siasatan masih berjalan.

“Bahagian teknikal iPay88 memaklumkan pelayan yang diserang tidak menyimpan data peribadi pengguna kerana data peribadi itu disimpan dalam pelayan berasingan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan iPay88 mengesahkan berlaku insiden keselamatan siber yang mungkin menjejaskan data kad pengguna.

Menurut satu kenyataan, iPay88 memaklumkan bahawa sejak 31 Mei lepas, ia sudah menggunakan pakar keselamatan siber bagi membendung isu itu.

Kenyataan itu turut menjelaskan siasatan sedang dijalankan dan mereka bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung pelanggaran keselamatan tersebut.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mendiami kediaman era 60, 70-an: FELDA, Encorp kerjasama bangunkan perumahan kakitangan

FELDA memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Encorp Bhd (Encorp) bagi melaksanakan pembangunan perumahan untuk kakitangan FELDA di sebahagian besar...

More Articles Like This