Tangkap layar rakaman kamera lita tertutup memaparkan aksi seorang pekerja mencuri beberapa peralatan permainan video. (Gambar kecil: suspek)

SEORANG peniaga peralatan elektronik menawarkan ganjaran RM5,000 kepada mana-mana individu bagi mengesan seorang pekerjanya yang bertindak membawa lari empat set permainan Play Station 4.

Pemilik kedai Muhammad Atiq Syahmi Ab Rahim, 19, berkata, kejadian berlaku 11 pagi semalam, apabila pekerja dikenali sebagai Bob turut membawa lari sebuah motosikal jenama modenas dan wang tunai RM290.

Katanya, Bob yang berusia 36 tahun itu sudah berkhidmat di kedai yang terletak di Jalan Tanjung Minyak, Melaka sejak tiga bulan lalu.

“Saya menanggung kerugian lebih daripada RM13,000 akibat kejadian ini,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Muhammad Atiq berkata, sehari sebelum kejadian, dia mengatakan mahu membuat audit terhadap barangan jualannya.

“Waktu itu saya dah perasan muka Bob berubah,” ceritanya dan menambah ketika kejadian Bob bekerja bersendirian di kedai tersebut.

Katanya, dia mula menyedari telah kehilangan barang apabila salah seorang abangnya datang ke kedai untuk membaiki lampu yang rosak.

“Abang saya panggil-panggil tapi tiada orang yang menyahut dan dia telefon saya untuk datang ke kedai.

“Apabila saya lihat rakaman kamera litara tertutup (CCTV), rupanya pekerja saya telah mencuri,” ujarnya.

@utusantvofficial

Polis masih mengesan suspek. Kejadian di Jalan Tanjung Minyak, Melaka | 11 OGOS 2022. #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok

♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Baca artikel berkaitan : Curi duit tabung surau RM30, murid Tingkatan Satu ditahan

Muhammad Atiq berkata, pihaknya telah mencari suspek di serata tempat dan amat memerlukan bantuan orang ramai bagi mengesan suspek.

“Kalau boleh kami mahukan suspek ditemui secepat mungin kerana dikhuatiri suspek bertindak menjual balik barangan curian tersebut,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut kes kini disiasat mengikut Seksyen 381 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Katanya, pihak polis masih mengesan suspek.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram