Menyusahkan! Banteras penipuan scammer habis-habisan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SINDIKET jenayah penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab atau scammer terutama menerusi media sosial semakin kerap dilaporkan berlaku.

Tidak kira apa sahaja jenis scam baik Macau Scam, Love Scam dan sebagainya pada akhirnya menyusahkan mangsa yang terpedaya.

Jenayah scam itu tidak mengira siapa pun mangsanya, muda atau tua, lelaki atau perempuan bahkan golongan kaya atau kurang berkemampuan.

Sikap tidak berhati perut menipu orang lain itu telah sebati dalam jiwa scammer.

Itu juga pernah berlaku kepada seorang pesara guru, Hishamuddin Misrin yang telah menjadi mangsa scammer kira-kira enam bulan lalu.

Berkongsi kepada UtusanTV, Hishamuddin, 60 memberitahu duit sebanyak RM500 hangus begitu sahaja akibat ditipu scammer yang kononnya menjual alat gantian kereta.

Dia memberitahu berminat mendapatkan alat gantian kereta Toyota Unser miliknya menerusi sebuah akaun Facebook yang menjual peralatan itu.

Hishamuddin Misrin,60.

Katanya, ‘peniaga’ tersebut mengatakan berpangkalan di Ipoh dan barang yang dipesan berada dalam stok.

“Namun begitu, sebaik sahaja RM500 itu dibayar melalui pemindahan bank, pelbagai alasan diberikan, katanya kena tunggu dua minggu untuk penghantaran.

“Selepas dua minggu, ‘peniaga’ itu terus senyap. Nasib baik saya hanya rugi RM500, ada kawan saya kena sampai beribu ringgit.

“Mereka (scammer) ini memang penipu dan menganiaya orang,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Empat perkara sahkan anda berhadapan jenayah scam, apa pula peranan MCMC ?

Mengambil pengajaran daripada pengalaman itu, Hishamuddin kini lebih berhati-hati terutama ketika berhadapan dengan panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali.

Justeru, Hishamuddin berharap tindakan lebih tegas dapat diambil terhadap scammer supaya gejala sedemikian dapat ditangani sebaiknya.

“Saya berharap kerajaan dapat buat sesuatu kerana jenayah ini dah berleluasa, mereka seolah-olah ‘raja’ boleh buat ikut suka hati mereka,” tegasnya.

Mohd Aiman Zulkifli,20.

Sementara itu, pelajar, Mohd. Aiman Zulkifli, 20, turut berhadapan pengalaman serupa apabila menerima panggilan telefon kononnya daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Bila saya dapat panggilan itu, saya dah tau mereka ini memang scammer sebab pernah dengar tentang perkara itu.

“Mereka mengatakan saya mempunyai tunggakan cukai dan boleh dikenakan tindakan jika tak bayar tapi apabila saya katakan bagaimana saya ada tunggakan sedangkan saya masih belajar, mereka terus letakkan panggilan,” katanya.

Mohd. Aiman turut menasihati orang ramai terutama golongan muda supaya berwaspada dan mempunyai kesedaran mengenai jenayah tersebut.

Laila Mohd Isa,49.

Dalam pada itu, pekerja swasta, Laila Mohd. Isa, 49 turut berharap penguatkuasaan lebih tegas dapat dilakukan bagi membendung daripada gejala scammer itu terus berleluasa.

“Alhamdulillah, setakat ini saya dan ahli keluarga belum pernah berhadapan dengan situasi ini tetapi pernah mendengar jiran di kampung ditipu sehingga ribuan ringgit.

“Saya harap semua pihak dapat memainkan peranan untuk tangani isu ini daripada terus berulang sebab kita banyak dengar kes seperti ini.

“Orang ramai pun kena lebih berhati-hati, jangan terlampau percaya dengan ‘janji manis’ di media sosial sahaja,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita ditahan selepas benarkan anak keluar kepala melalui sunroof

SEORANG wanita ditahan selepas membenarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bumbung bukaan atau sunroof ketika kereta sedang bergerak,...

More Articles Like This