Koperal maut langgar BMW

Dari Penulis

SEORANG anggota polis berpangkat koperal maut selepas motosikal yang ditunggangi terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta BMW di Kilometer 2, Jalan Batang Kali-Genting Highlands.

Kejadian berlaku pada pukul 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, mangsa, Mohd Zarif Affandi, berkhidmat di Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya.

Katanya, kemalangan berlaku sewaktu mangsa berusia 31 tahun sedang menunggang motosikal jenis Benelli dari Petaling Jaya ke Genting Highlands.

“Setiba di satu selekoh tajam, motosikal mangsa memasuki laluan bertentangan dan melanggar BMW terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Baca artikel berkaitan : Pegawai kanan polis maut dalam kemalangan di NKVE

“Manakala pemandu BMW berusia 63 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan pihak polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This