POLIS menyelamatkan seorang wanita warga asing yang dipaksa menjadi pelacur dalam satu serbuan di Taman Fadason, Jinjang, 11 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam serbuan terbabit seramai 18 wanita warga asing berusia 25 hingga 39 tahun ditahan dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Turut ditahan seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun yang dipercayai merupakan penjaga wanita warga asing terbabit.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa telah masuk ke Malaysia melalui Stulang, Johor untuk bekerja sebagai GRO, dua minggu lalu.

“Namun wanita terbabit telah dipaksa melacur dan dibawa ke sebuah hotel di Kuala Lumpur serta tidak dibayar gaji,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, 17 wanita warga asing yang lain mengaku bekerja sebagai GRO tanpa paksaan dan menerima gaji daripada perkhidmatan yang ditawarkan.

Baca artikel berkaitan : Lapan pelacur antara 25 warga asing ditahan terlibat aktiviti pelacuran

“Kesemua 17 wanita terbabit telah bekerja selama 2 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah telah ditahan reman sehingga 27 Ogos,” katanya.

Suspek lelaki ditahan reman enam hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.

Eng Lai berkata, pihak mahkamah telah meluluskan permohonan mendapatkan Perintah Perlindungan Interim selama 21 hari bagi melindungi mangsa yang dipaksa menjalankan aktiviti pelacuran.

Katanya, kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram