Iman Troye sukar beri kerjasama dengan pihak media, Naim Daniel pula anggap itu sebagai….

Dari Penulis

BERIKUTAN kontroversi mengenai penyanyi Iman Troye yang sukar dihubungi oleh pihak media, rakan baiknya iaitu Naim Daniel memohon agar diberikan ruang memandangkan pelantun lagu Nang itu juga merupakan seorang mahasiswa.

Menganggap Iman mungkin berdepan situasi yang sukar untuk membahagikan masa antara kerjaya dan pengajian, namun dia perlu mencari jalan peneyelesaian untuk memastikan dua komitmennya itu berjalan serentak.

“Tidak mudah untuk seimbangkan antara pelajaran dan kerjaya. Setiap satu ada rentaknya, mungkin dia mengambil sedikit masa untuk terbiasa dan menyesuaikan diri dengan perubahan.

“Populariti ada kalanya datang tanpa kita sedari. Daripada situ, orang mula menilai sedangkan perkara yang berlaku bukan disengajakan.

“Jadi, Iman perlu periksa dan ambil tahu apa puncanya perkara itu timbul. Saya contohnya, jika tidak dapat dihubungi, pihak media boleh mencari pengurus untuk memudahkan urusan,” katanya memetik laporan Kosmo!.

Pada masa sama, pelantun lagu Purnama itu berpendapat, hubungan selebriti dan media seharusnya baik-baik sahaja kerana masing-masing memerlukan antara satu sama lain.

“Dari awal memasuki industri hiburan, saya sudah diajar untuk berdepan apa sahaja perkara. Malah, dalam apa juga keadaan, selebriti dan pihak media saling memerlukan antara satu sama lain.

“Saya sendiri ada ketika agak sukar untuk dihubungi, kadang-kadang selepas beberapa hari, baru saya sempat membaca mesej dan sebagainya.

“Kekurangan itu tetap ada, terutama apabila saya terlalu sibuk dengan urusan kerja,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Naim percaya Iman sedang dalam proses menyesuaikan diri dan akan belajar daripada pengalaman yang dilaluinya.

“Apa yang berlaku adalah satu proses. Kita sedia maklum, Iman masih baharu dalam industri, jadi perkara ini agak asing bagi dia.

“Saya percaya, Iman akan belajar daripada apa yang berlaku dan menerima pihak media juga penting untuk membantu perkembangan kerjaya,” jelasnya.

Sebelum ini, ramai pihak media menyuarakan rasa kurang senang dengan sikap penyanyi Teman itu kerana sukar memberikan kerjasama setiap kali mahu mendapatkan maklum balas mengenai sesuatu perkara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This