Naim Daniel tak mengaku lakukan amang seksual

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

PENYANYI dan pelakon, Naim Daniel didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan bawah umur, bulan lepas.

Bagaimanapun penyanyi dan pelakon berusia 28 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim M. Kunasundary.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 17 tahun 7 bulan, di sebuah sebuah bilik hotel di Petaling Jaya, sekitar jam 8.56 malam pada 19 Mei lalu.

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel pada mei lalu selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Kunasundary membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 ogos depan untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut mengarahkan Naim untuk menyerahkan pasport dan tidak menganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel pada mei lalu selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharudddin, manakala tertuduh diwakili dua peguam iaitu Mohd Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif.

Sebelum ini industri hiburan negara digemparkan dengan laporan seorang selebriti ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan.

Mangsa difahamkan mula berkenalan dengan selebriti terbabit di sebuah kafe yang juga tempat kerjanya dan kejadian itu berlaku ketika kali pertama pertemuan antara suspek dan remaja terbabit.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This