Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ketika memancing

Dari Penulis

SEORANG lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang melakukan aktiviti memancing di Sungai Pegagau dekat Semporna, Sabah petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna Faizal Ahmad berkata mangsa Azman Tugau dilaporkan telah diserang buaya dalam kejadian 3 petang tadi.

“Maklumat mengenai kejadian diperoleh dari rakan mangsa yang bersama-sama memancing, maklumat lain seperti umur mangsa tidak diperoleh dan masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Faizal dalam pada itu berkata pasukan bomba sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian serta menjalankan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa.

Sementara itu, Faizal ketika dihubungi pemberita berkata berdasarkan maklumat awal diperolehi mangsa berusia 34 tahun memancing di pinggir sungai bersama sepupunya (maklumat sebelum ini rakan) tanpa menggunakan bot.

“Tiba-tiba mangsa dibaham buaya dan sepupu beliau berjaya melarikan diri, kemudian melaporkan kejadian kepada pihak Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada 8.35 malam ini, dan akan disambung semula pada pukul 7 pagi esok. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

13 Ahli Parlimen Bersatu desak parti keluar PN, dakwa Muhyiddin punca keretakan

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu menggesa parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan Pas...

More Articles Like This