[DIKEMASKINI] SEORANG disahkan maut selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah Proton Wira dan Perodua Myvi di Kilometer 86.5, Jalan Kota Tinggi-Kluang petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa berusia 40-an disahkan meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom ketika menerima rawatan.
Katanya, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan.

“Seorang lagi pemandu kereta mengalami kecederaan di kepala dan muka sedang dirawat di hospital yang sama,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Tambahnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Proton Wira masuk ke laluan Perodua Myvi dan merempuh bahagian hadapan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Baca artikel berkaitan: RX-Z bertukar sebidang tanah, ini kisah dari mulut pemilik Catalyzer sendiri
Difahamkan pemandu yang meninggal dunia merupakan wanita memandu Perodua Myvi.
Terdahulu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Noorhakim Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.45 petang sebelum menghantar sepasukan sembilan anggota ke lokasi kejadian.
Katanya, setibanya di lokasi, kemalangan membabit sebuah Proton Wira dengan Perodua Myvi.
“Pemandu kereta Perodua Myvi iaitu seorang perempuan berusia lingkungan umur 40-an mengalami kecederaan (sebelum disahkan meninggal di hospital).
“Turut cedera pemandu Proton Wira seorang lelaki berusia lingkungan umur 60-an,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, kedua-dua mangsa telah tersepit akibat kemalangan tersebut dan pihaknya menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.
“Mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk di bawa ke hospital bagi menerima rawatan,” katanya dan menambah operasi tamat pada pukul 5.17 petang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

