Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi dalca campur yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN
400 gm kacang dal | rendam semalaman
400 gm tulang lembu atau ayam
300 ml susu rendah lemak
2 batang lobak merah | potong memanjang
3 biji ubi kentang | kupas dan potong dadu
3 biji terung bulat | potong dadu besar
4-5 batang kacang panjang | potong memanjang
3 biji pisang | kupas dan potong dadu
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
Garam dan gula secukup rasa
Daun pudina secukupnya
Sedikit serbuk kunyit

BAHAN B | KISAR
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
4 cm halia

BAHAN C | TUMIS
1 labu bawang besar
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
Daun kari secukupnya

CARA MENYEDIAKAN
1.Kacang dal direbus dengan air hingga benar-benar empuk (lembik dan hancur).
2.Tulang lembu/ayam juga direbus hingga empuk dan lembut. Masukkan rebusan tulang ini ke dalam periuk berisi kacang dal.
3.Masukkan rempah kari daging, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, ubi kentang dan tambah air (jika kuah kering). Didihkan hingga ubi kentang lembut.
4.Masukkan pula lobak merah, pisang, terung dan kacang panjang. Tambahkan susu rendah lemak. Didihkan hingga sayur masak dan empuk. Perasakan dengan menambah gula dan garam secukup rasa. Tutup api.
5.Sementara itu, panaskan satu sudu makan minyak sayur di dalam kuali lain, tumis bahan-bahan C hingga berbau harum, masukkan bahan-bahan B dan tumis hingga pecah minyak.
6.Tuang bahan-bahan tumis tadi ke dalam periuk berisi kuah dalca. Masukkan daun pudina dan tutup periuk.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram