Mayat pemancing dibaham buaya ditemukan

Dari Penulis

MAYAT Azman Tugau, lelaki yang dilaporkan dibaham buaya ketika memancing di Sungai Pegagau dekat Semporna Ahad lepas ditemukan oleh orang awam pada kira-kira 5 petang tadi.

 Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mayat Azman, 35, ditemukan berhampiran lokasi dia dibaham reptilia itu.

“Pada pukul 5.30 petang tadi Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna menerima makluman daripada Ibu Pejabat Polis Semporna bahawa mayat mangsa ditemukan oleh orang awam. Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa ditamatkan,” katanya.

Ahad lepas, Azman bersama sepupunya dilaporkan sedang memancing di pinggir sungai berkenaan sebelum dia dibaham buaya pada kira-kira 3 petang.

Sepupu mangsa yang menyaksikan kejadian tersebut berjaya melarikan diri dan melaporkan perkara itu kepada polis.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This