PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail mengumumkan ‘pemberian hadiah’ buat warga Jabatan Kemajuan Masyarkat (KEMAS) sebagai penghargaan buat sumbangan mereka selama ini.
Menurut beliau, anggota KEMAS telah banyak melakukan jasa dalam melaksanakan segala usaha untuk meningkatkan kualiti kesejahteraan masyarakat luar bandar bersama kerajaan.
Perdana Menteri berkata, antara hadiah yang diberikan adalah memendekkan tempoh kelayakan pegawai kontrak perkhidmatan ke lantikan tetap.
Jelasnya, pemendekan itu dilakukan dari 15 tahun kepada 10 tahun yang melibatkan kira-kira 4,322 orang pegawai dan kakitangan KEMAS berjawatan kontrak perkhidmatan.
”Ia bagi mereka yang telah berkhidmat lebih 10 tahun tetapi kurang 15 tahun bersama KEMAS.
”Selain itu, kerajaan juga meluluskan kelonggaran syarat pegawai lantikan kontrak perkhidmatan yang berkhidmat lebih 10 tahun tetapi kurang dari 15 tahun untuk dilantik dalam jawatan tetap.
“Dasar ini dipanjangkan juga kepada lantikan kontrak perkhidmatan pada atau sebelum 11 Oktober 2020 yang sebelum ini hanya diluluskan kepada pegawai lantikan kontrak sebelum atau pada 23 Oktober 2015,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Perdana Sambutan 60 tahun KEMAS hari ini.
Baca lagi: “Saya tidak pernah meminta Muhyiddin atau Ismail Sabri gugurkan kes di mahkamah” – Zahid Hamidi
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju untuk memberi dua gred kenaikan pangkat bagi skim-skim perkhidmatan.
Jelas beliau, skim perkhidmatan yang terlibat adalah Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat TABIKA/TASKA dan Pembangunan Kemahiran dan Komuniti Gred S29 kepada gred S32 dan gred S38.
Tambah beliau, ia juga diperluaskan kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 kepada dua Gred S22 dan S26
Selain itu, katanya, kerajaan juga bersetuju untuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan dapat memberikan kerjasama dan memberikan bantuan kepada KEMAS.
“KEMAS secara amnya merupakan benteng barisan hadapan Kerajaan dengan ahlinya bertindak sebagai agen perubahan yang menjadi perantara antara rakyat dan kerajaan.
“Kewujudan KEMAS adalah bertujuan memastikan kestabilan Kerajaan dan kemakmuran negara, oleh itu sewajarnya warga KEMAS juga memainkan peranan sebagai mata dan telinga Kerajaan.
“KEMAS juga perlu aktif untuk mendapatkan maklum balas tentang pelbagai isu-isu yang dilontarkan oleh masyarakat di peringkat umbi.
“Mereka juga perlu memanjangkannya kepada pengurusan tertinggi serta kementerian selain menyebar luas maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat luar bandar,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

