OLEH: PROF. TAN SRI DR. NOOR AZLAN GHAZALI
Hampir 30 tahun kita nyanyikan lagu bertema Wawasan 2020-Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Saban tahun kita ukur pendapatan perkapita negara, berapa jauh lagi untuk mencapai wawasan ini?
Sepanjang 30 tahun, kita mengharungi empat krisis ekonomi yang merencat pertumbuhan; Krisis Ekonomi Asia Timur (1997/98), Krisis Dot.Com (2001), Krisis Kewangan Global (2008/09) dan terkini Krisis Pandemik Covid-19 (2020/21).
Pendapatan perkapita meningkat dari USD2,400 pada tahun 1990 ke USD10,570 pada tahun 2020. Kita ‘short’ sebanyak 17% berbanding pendapatan tinggi. Apa pun kita ada alasan boleh pakai, direncat empat krisis ekonomi global.
Jarang sekali kita bertanya negara berpendapatan tinggi yang macam mana yang kita mahu? Macam mana corak kehidupan yang kita idamkan untuk Malaysia bila status negara berpendapatan tinggi tercapai?
Mahu kita menjadi macam Amerika Syarikat? Sedikit perbandingan kos:
- Nasi goreng Cina udang dan kuetiau udang.
Untuk 5 orang take away (tiada minuman, halal of course), tiga nasi goreng dan dua kuetiau, RM558.00!
Kalaulah ini harga di Malaysia, senanglah hidup peniaga gerai makan. Tidak lagi tertekan. Ramai tak ambil/layak Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
- Sakit mata merah, alergi mungkin-Klinik di Bangi jumpa doktor dapat ubat-maksimum RM50-70 mungkin.
Jumpa doktor biasa-caj minimum RM425.00! Tiada ubat. Beli ubat RM 277.00! Total rawat mata merah-RM702.00!
Kalau ini sistem di Malaysia, mungkin tak perlulah sangat jumpa doktor GP. Sebahagian besar boleh rawat sendiri ja. Budaya sakit sikit jumpa doktor boleh dilupuskan.
Baca artikel berkaitan: Pengurusan ekonomi Keluarga Malaysia: Teguh kita bersama
- Isi penuh minyak minivan-di kedai minyak Malaysia mungkin RM130.00 iaitu RM2.05 seliter.
Isi minyak penuh RM335.00 pada RM5.88 seliter.
Kerajaan bayarkan RM4+ setiap liter. Akibatnya subsidi melambung sama banyak gaji kakitangan awam RM80 billion! Bagus?
Amerika negara berpendapatan tinggi. Pendapatan pertengahannya USD 61,937 sekitar USD5,162 sebulan. Kalau ikut ‘angka’ (jangan tukar matawang) lebih kurang Malaysia, RM5,873 pendapatan pertengahan bulanan. Terkini akibat Covid-19, kadar kemiskinan Amerika ialah 11.4%. Jauh tinggi dari Malaysia, 8.4%.
Kos perubatannya ‘sangat mahal’ dan umum mesti ada insurans. Sekitar 56% rakyat Amerika ada insurans. Yang lain? Umumnya, sakit biasa ‘rawat sendiri’, beli ubat tidak dikawal ‘over the counter’ di farmasi. Ubatan terkawal, hanya doktor boleh beri preskripsi dan hanya boleh dibeli dari ahli farmasi berdaftar. Sistem ini lebih baik?
Saya tidak mahu merumus buat masa ini. Banyak lagi aspek yang perlu dinilai. Sekadar lontaran mudah, kehidupan di negara berpendapatan tinggi seperti Amerika Syarikat.
Negara berpendapatan tinggi yang macam mana anda mahu untuk Malaysia?
MINDA UKM-ingin tahu.
PENULIS adalah Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif (MINDA-UKM).
Beliau kini merupakan Sarjana Fulbright di Kennedy School, Harvard University, Amerika Syarikat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

