Polis tahan lelaki proses, edar ketamin lebih 11 kg

Dari Penulis

Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki memproses dan mengedar dadah dengan penemuan ketamin seberat 11,538 gram (g) dianggarkan bernilai RM611,515, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata suspek berusia 34 tahun itu ditahan di tepi Jalan Gasing, Seksyen 10, Petaling Jaya bersama tiga kilogram (kg) ketamin ditemui pada tempat duduk penumpang belakang Proton Saga dipandunya, pada kira-kira pukul 3.30 petang.

Baca artikel berkaitan : Polis rampas dadah ketamin terbesar tahun ini, bernilai RM111.2 juta – Ayob Khan

Beliau berkata hasil siasatan telah membawa kepada serbuan polis di rumah sewa miliknya di Jalan Persiaran You City di Cheras pada hari sama, dipercayai menjadi lokasi suspek membungkus semula dadah tersebut.

“Serbuan di rumah sewa suspek menemui dua paket plastik bertulis Tianran Maoliang mengandungi serbuk putih dipercayai ketamin seberat 5,075g dan lima paket plastik berisi dadah sama seberat 3,425g di atas meja di ruang tamu.

“Suspek yang aktif sejak enam bulan lepas dipercayai mendapatkan bekalan dan membungkus untuk jualan semula dalam saiz yang besar, iaitu sekilogram atau 500g di sekitar Lembah Klang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini hari ini.

Katanya ketika ini polis masih lagi menyiasat untuk pembekal bekalan dadah berkenaan.

Turut dirampas sebuah kereta dinaiki suspek milik bapanya, wang tunai RM600, sebentuk cincin emas, mesin pembungkus vakum, alat penimbang, satu bekas plastik dan alat penyedut besi dipercayai digunakan untuk tujuan pembungkusan semula dadah tersebut.

“Suspek didapati negatif dadah hasil ujian saringan air kencing dan mempunyai enam rekod kesalahan lampau berkait dadah.

“Hasil analisa mendapati rampasan dadah itu boleh dibekalkan kepada 11,500 penagih,” katanya. 

Beliau berkata suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This