‘Saya tidak mempunyai prejudis terhadap Rosmah’ – Hakim Zaini

Dari Penulis

HAKIM Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan terus mendengar dan membuat keputusan dalam kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

Mohamed Zaini menolak permohonan Rosmah yang dikemukakan pada saat-saat akhir agar beliau menarik diri daripada mendengar kesnya. 

“Maaf kerana membuatkan semua orang ternanti-nanti. Saya gagal mencari orang yang sudi menulis penghakiman untuk saya, jadi saya terpaksa tulis sendiri.

 “Saya harap unit penyelidikan maafkan saya tetapi saya tidak membaca pendapat mereka… Sejujurnya, saya sentiasa melakukan sendiri tugas saya, sesusah manapun ia. Sesiapa sahaja boleh menyatakan pendapat masing-masing namun yang penting adalah pendapat saya sendiri,” katanya.

Hakim itu berkata berkata dokumen terbabit (kononnya penghakiman kes Rosmah yang bocor) bukanlah alasan penghakiman yang disediakan olehnya dan beliau tidak akan menggunakan ia dalam penghakiman.

“Saya telah melakukan kajian sendiri. Saya telah menulis 200 penghakiman setakat ini dan semuanya saya tulis sendiri. Ramai yang tidak menyedari betapa sukarnya tugas saya. Saya tidak mempunyai prejudis terhadap beliau (Rosmah).

Baca: Rosmah menangis, dakwa beliau tidak bersalah

Mohamed Zaini berkata keputusan dalam kes Rosmah adalah dibuat berdasarkan fakta dan undang-undang.

“Apa jua perasaan, kita tinggalkan di luar pintu sebelum duduk di kerusi hakim,” katanya sebelum menolak permohonan Rosmah.

Rosmah, 70, memfailkan permohonan itu atas alasan penghakiman yang bocor dalam kes beliau dan telah ditularkan oleh media massa serta elektronik pada 26 Ogos lepas disediakan oleh pihak lain.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

DBKL diberi peringatan, perketat kawal selia pembangunan berhampiran kolam takungan air

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberi peringatan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memperketat pemantauan dan kawal...

More Articles Like This