Pengasuh didakwa bunuh bayi perempuan berusia hampir dua tahun

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG pengasuh wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan di sebuah apartmen di Putra Perdana, bulan lalu.

Tertuduh, Nur Syuhaida Jamalluddin, 32, yang juga ibu kepada dua anak, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan, Dhiya Falisha Mustaqim, di sebuah apartmen di Taman Putra Perdana, Puchong, antara jam 9.31 pagi hingga 11.24 pagi pada 18 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan yang tidak dikenakan hukuman gantung, tertuduh juga boleh dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Terdahulu, suasana di mahkamah menjadi hiba apabila tertuduh dilihat hanya menjawab pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dalam keadaan sebak.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norfarahanim Abdul Halim manakala tertuduh diwakili seorang peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh lain untuk sebutan semula kes.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This