Naib Presiden Argentina terselamat, pistol diacu penyerang tidak meletup

Dari Penulis


NAIB Presiden Argentina, Cristina Kirchner terselamat daripada maut apabila seorang lelaki tidak dikenali mengacukan pistol ke arah kepalanya malam semalam.


Lapor Al Jazeera, pistol itu bagaimanapun tidak meletup sekali gus menyelamatkan pemimpin berkenaan dalam kejadian yang kini tular.


Presiden Argentina, Alberto Fernandez berkata, Kirchner bernasib baik kerana pistol itu tidak meletup walaupun penyerang sudah menarik picu senjata berkenaan.


“Naib Presiden tidak cedera dan penyerang segera diberkas,” katanya dalam ucapan di televisyen.


Beberapa saluran televisyen menyiarkan rakaman lelaki itu mengacukan pistol ke kepala naib presiden dari jarak dekat ketika dia keluar dari kereta yang membawanya pulang ke Buenos Aires.

Menteri Keselamatan, Anibal Fernandez berkata,  polis akan membuka kertas siasatan. 
“Sekarang, keadaan itu perlu dianalisis oleh penyiasat untuk menilai cap jari dan kecenderungan suspek ini,” katanya.


Suspek menghampiri Kirchner dalam keadaan sesak orang ramai yang berkumpul di sekeliling ahli politik itu untuk berjabat tangan dan meminta tandatangan.Suspek bagaimanapun tidak melepaskan tembakan.

Media tempatan melaporkan suspek adalah warga Brazil. Parti lawan Kirchner ‘Together for Change’ mengecam serangan itu.

“Saya menolak sekeras-keranya terhadap serangan dialami oleh Cristina Kirchner, yang bernasib baik tidak cedera. Perbuatan yang sangat serius ini memerlukan siasatan segera dan mendalam oleh pendakwa raya dan pasukan keselamatan,” kata Mauricio Macri, yang merupakan presiden dari 2015 hingga 2019.

Kirchner, 69, adalah presiden Senat dan menikmati imuniti parlimen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tiga lelaki warga asing ditahan kes curi dan dadah

TIGA lelaki warga asing ditahan dalam dua operasi berasingan yang dijalankan Strike Team Balai Polis Tawau selepas dipercayai terbabit...

More Articles Like This