SERAMAI 32 orang mangsa berjaya diselamatkan dalam kejadian kepala air di Lata Payung, Ulu Kasar, Setiu, petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Penolong Penguasa Bomba Mohd Razali Rapaie berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 5.30 petang.
Beliau berkata, sepasukan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setiu serta Kuala Nerus telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Katanya, bomba tiba di lokasi dan mendapati kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Alza, Proton Wira, Perodua Axia, Perodua Myvi.
Manakala kereta Perodua Aruz dan Proton Savvy didapati telah hanyut di bawa deras air.
Baca artikel berkaitan : Hujan lebat sebabkan Lata Berangin dilanda kepala air, kawasan sekitar banjir
“Kesemua mangsa yang terdiri daripada tujuh lelaki, 12 wanita, 13 kanak-kanak telah diselamatkan dan dihantar ke Masjid Merbau Menyusut oleh pihak bomba dan orang awam,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.
Jelasnya, operasi menyelamat kini masih dijalankan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

