Kedah hanya mampu menang tipis ke atas Penang FC di Darul Aman

Dari Penulis

SELEPAS hanya mengutip satu mata daripada tiga perlawanan terdahulu, Kedah Darul Aman FC akhirnya berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menang tipis 1-0 ke atas pasukan jiran, Penang FC, dalam saingan Liga Super 2022, hari ini.

Penyerang import dari Cameroon Ronald Ngah Wanja, muncul wira Kedah apabila jaringannya sudah cukup membantu naib juara Liga Super 2021 itu, menang  pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman.

Aksi separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengasak di antara satu sama lain, namun kedua-dua pasuan buntu untuk mendapatkan gol.

Bersambung babak kedua, Kedah tidak menunggu lama untuk menceriakan penyokong mereka apabila Ronald akhirnya berjaya memecah kebuntuan, dengan mudah menolak masuk lorongan cantik Mohd Al Hafiz Harun untuk meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-55, dan kedudukan itu kekal sehingga perlawanan tamat.

Kedah kini kekal di tangga ketujuh dengan 21 mata, manakala Penang FC pula masih di berada di tangga terbawah liga dengan tujuh mata.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This