Kejohanan Menembak Piala DSS tarik penyertaan 100 peserta

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BIARPUN bakal diadakan buat julung kali, Ahad ini namun Kejohanan Menembak Piala DSS 2022 berjaya menarik penyertaan 100 peserta seluruh negara.

Kejohanan selama satu hari di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya itu juga bakal menyerlahkan lapang sasar itu sebagai lokasi penganjuran pertandingan menembak terbaik negara.

Malah, KMSS yang menempatkan 17 lurah menembak itu juga merupakan antara lapang sasar menembak terbuka terbesar di Malaysia.

Pada masa sama, ia juga dijadikan lokasi latihan pusat buat pasukan negara untuk ke kejohanan peringkat antarabangsa.

Selain kejohanan menembak, KMSS turut menjadi lokasi penganjuran pelbagai aktiviti sukan lasak termasuk motosikal berkuasa tinggi dan basikal.

Ia sekali gus mengetengahkan Putrajaya sebagai hab sukan lasak negara.

Menurut Pengarah Program, Mohamad Hamdan Abu Bakar, kejohanan itu menerima sambutan hangat daripada pelbagai kelab menembak dan individu.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya hanya mengehadkan penyertaan kepada 100 peserta bagi menyesuaikan dengan tempoh masa pertandingan.

Mohamad Hamdan memberitahu, peserta akan berentap dalam tiga kategori iaitu Stage Challenge, Side Arms dan Falling Plate berpasukan.

“Peserta hanya dibenarkan menggunakan senjata jenis 9mm caliber, caliber 40 dan revolver.

“Kita yakin Kejohanan Menembak Piala DSS 2022 ini akan menjadi medan terbaik bagi penggemar aktiviti sukan menembak mengasah bakat mereka,” katanya kepada UtusanTV.

Baca artikel berkaitan: Pertandingan Menembak Piala DSS janjikan cabaran

Kejohanan Menembak Piala DSS 2022 yang dianjurkan KMSS itu menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM2,400 bagi kategori Stage Challenge dan Side Arms manakala pemenang Falling Plate akan membawa pulang RM1,000.

KMSS juga akan memperkenalkan penembak-penembak yang akan mewakili Malaysia ke kejohanan IPSC World Shoot 2022 yang berlangsung di Pattaya, Thailand.

Mengulas mengenai IPSC World Shoot 2022 itu, Hamdan memaklumkan, pasukan menembak Malaysia akan menghantar seramai 18 penembak termasuk seorang pengurus.

Menurut beliau, pasukan itu akan menyertai tiga divisyen menembak dalam kejohanan yang berlangsung pada 18 November hingga 4 Disember itu.

“Sempena Piala DSS 2022 ini, kita akan perkenalkan pasukan Malaysia ke kejohanan dunia itu nanti.

“Dijangkakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan hadir dan melakukan gimik penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan Malaysia,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This