Pasangan kekasih ditemukan meninggal dunia dalam kereta

Dari Penulis

Dua individu dipercayai pasangan kekasih ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi bangunan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Seri Permata Lubuk China, Alor Gajah, Melaka hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.26 pagi tadi daripada orang awam yang mendapati dua individu tidak sedarkan diri di dalam kenderaan terbabit.

Beliau berkata mangsa lelaki berusia 20 tahun, manakala pasangannya merupakan remaja perempuan berusia 16 tahun.

“Ketika ditemukan, keadaan kenderaan berkenaan berselubung dengan kanvas penutup kereta dan enjin kenderaan dalam keadaan mati.

“Mayat kedua-dua mangsa, yang merupakan penduduk tempatan dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gelaran ‘Tan Sri’ kepada Isa Samad ditarik balik

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran 'Tan...

More Articles Like This