PASANGAN selebriti Jihan Muse dan suaminya, Ungku Haris selamat menimang cahaya mata kedua, hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan oleh isteri kepada pelawak Fad Bocey iaitu Nur Syahirah A Rahman menerusi entri di Instagram Story miliknya.
“Tahniah Jihan Muse. Akhirnya Arsalan dah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik. Selamat berpantang,” tulisnya.
Ucapan tahniah itu turut dikongsi semula (repost) oleh Jihan di Insta Story miliknya.
Malah, pusat perubatan swasta di mana tempat Jihan melahirkan bayi keduanya itu turut menxahirkan ucapan tahniah atas kehadiran orang baharu dalam keluarganya.
Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, Jihan dan Ungku Haris masih belum berkongsi wajah atau nama bayi mereka di media sosial mereka.
Untuk info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2016.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.

