Sempena Hari Malaysia, filem Mat Kilau akan ditayangkan di Netflix

Dari Penulis

Filem yang mencetuskan fenomena iaitu Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan bakal ditayangkan di platform penstriman digital Netflix.

Naskhah arahan Syamsul Yusof itu akan ditayangkan pada Hari Malaysia secara global.

“Dengan kejayaan yang ditempa di layar perak, Mat Kilau, filem dengan jumlah kutipan paling tinggi di Malaysia bakal ditayangkan di Netflix pada Hari Malaysia.

“Mat Kilau akan ditayangkan secara global pada 16 September kecuali di Indonesia, di mana, ia akan dilancarkan pada 14 Oktober,” kata wakil Netflix dalam satu kenyataan media.

Netflix juga mengumumkan, Mat Kilau akan menyertai 150 karya tempatan lain dalam koleksi Rekaan Rakyat.

Antara karya yang tersenarai dalam koleksi Rekaan Rakyat adalah BoBoiBoy: The Movie, Fly by Night, Maria Mariana Ii, Jimi Asmara dan banyak lagi.

Mat Kilau dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As’ari, Datuk Rahim Razali, dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Sekadar info, Mat Kilau berjaya mencipta sejarah perfileman negara apabila mengutip sebanyak RM90 juta sekaligus tertinggi dalam sejarah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hawa Rizwana dipilih kerana kredibiliti, bukan populariti

DI SEBALIK lambakan pempengaruh digital dan selebriti media sosial yang bersandarkan populariti semata-mata, pengacara serta personaliti televisyen terkenal, Hawa...

More Articles Like This