Duit, tak pernah cukup walau menyimpan hatta 10 tahun. Makin disimpan, makin dirasa tidak cukup.
Malah andai diimbau kembali zaman kecil dahulu, apa yang tergambar adalah memori dan kenangan yang dicipta bersama. Walau sekadar memancing di tepi sungai, namun itulah saat manis yang kekal dalam ingatan.
Segelintir ibu bapa merancang percutian bersama anak-anak bukan kerana mereka kaya, bukan juga untuk memewahkan anak-anak. Namun inilah masanya memori tercipta bersama, yang akan dikenang sehingga ke hujung usia.
Tidak perlu percutian sehingga ke luar negara, namun cukuplah sekadar piknik atau berkhemah di tepi sungai. Ia sudah cukup membangkitkan keseronokan dan keterujaan dalam hati si kecil.
Ikuti perkongsian Astiey Nurasiah menerusi laman sosialnya.
“Sekarang ni cuti sekolah.
Hati kak as suka sangat tengok bila parents bawak anak2 bercuti dengan cara masing-masing.
Ada tidur hotel, pergi oversea, picnic atau camping.
Yang melihat jangan ada secebis rasa iri. Mereka bercuti dengan keluarga bukan sebab mereka mewah tapi mereka menghargai dan mencipta kenangan dengan orang yang mereka sayang.
Kak as teringat masa kak as kecil2 dulu. Jarang abah umi tak bawak kami berjalan.
Abah bukan ada duit. Gaji cikgu sekolah rendah dulu2 lepas tolak itu ini ada baki rm300-rm400 jea.
Setiap minggu abah bawak berjalan. Pergi pantai.
Pagi2 umi masak bekal kami berkelah tepi pantai. Jimat.
Orang makan celup tepung atau cucuk2 kami pandang jea. Tak beli.
Wau pun kadang bawak yang buat sendiri.
Kadang beliau bawak mancing kat sungai kat area kampung kami jea.
Tidur hotel memang mustahil masa tu.
Masuk muzium selalu sangat. Muzium, pameran ular sebab murah. Rm3/entry.
Masa awal2 kak as posting, dapat jea tunggakan gaji guru untuk 3bulan, kak as ambil tiket flight bawak umi abah pergi sabah. Itu first time kak as naik flight dan first time mereka naik flight.
Dan sama keadaan bila kak as bekerja. Balik kampung ada jea tempat kak as bawak mereka berjalan. Bawak adik beradik sekali. Duit berhabis dah tak kisah.
Sekarang bila umi terlantar bedridden, kak as selalu sebut
“Umi.. nanti umi boleh berjalan kita pergi bercuti yea”
Sebab bila beliau nampak down, dan disebut bercuti sama2 beliau semangat balik.
Sebab apa? Sebab moment yang beliau cipta bersama anak2 masa anak2 kecil terimbau kembali.
Bawaklah anak2 u olls rasa moment tu.”
Sumber : Astiey Nurasiah