“Divorce is for the rich,” – Di Barat ada ‘child support’. Bapa wajib tanggung anak selepas cerai. Tak bagi, penjara menanti

Dari Penulis

Seakan menjadi rahsia terbuka, segelintir lelaki di Malaysia culas bab nafkah anak-anak selepas bercerai dengan pasangan. Walau si ibu turun naik mahkamah bagi menuntut keadilan, namun entah di mana salahnya, si bapa tetap terlepas tanpa tindakan undang-undang.

Isu ini acapkali dibicarakan di ruangan DCCK. Baca di sini.

Perkongsian Firdaus Shakirin cukup menarik apabila membicarakan tindakan tegas yang dikenakan di negara Barat apabila si bapa enggan membayarkan nafkah anak-anak selepas perceraian.

Malah penceramah bebas, Firdaus Wong turut mencadangkan agar golongan lelaki yang culas dan tidak bertanggungjawab ini diperkenalkan kepada masyarakat dan dilarang berkahwin sehingga mereka membuktikan mampu membayar nafkah bekas isteri dan bakal isteri.

“Divorce is for the rich”

Ungkapan dari salah satu cerita mat saleh yang saya tengok kat TV…

Seorang anak ni tanya kat pak dia, kenapa pak dia baik, dengar cakap mak dia…pak dia tak buat perangai langsung…memang totally family man la…

Pak dia jawab, “Divorce is for the rich and I’m not rich…that’s why I love my relationship with your mother”

Kat negara mat saleh, ada CHILD SUPPORT…untuk pasangan yang berpisah, yang tak jaga anak tu kena bayar child support ni kepada bekas pasangan yang jaga anak-anak. Apa yang di cover dalam child support ni termasuklah makan minum anak tu, tempat tinggal, pakaian, perubatan, sekolah dan lain-lain lagi…apa saja “special needs” yang anak tu perlukan, boleh dikira sekali dalam child support.

Kalau tak bagi, dia kira sebagai “debt” a.k.a hutang…arahan untuk bagi child support ni datangnya dari mahkamah.

Contohnya untuk sorang anak, dia kena bagi 10% dari income dia…kalau gaji 2000, maka 200 kena bagi kat anak…kalau 2 orang, mungkin jadi 15%…kalau 3 orang, mungkin 20%…kalau si bapa tak bagi melebihi jumlah tertentu, maka boleh masuk penjara.

Islam pun dah tetapkan perkara yang sama.

Dah berpisah pun, nafkah anak-anak tetap dibawah bapa. Cuma orang Melayu kita, dia cerai mak, dia cerai anak sekali. Terus tak bagi walau sesen pun kat anak-anak setiap bulan. Undang-undang pun tak menekankan sangat tentang nafkah anak-anak ni dan apa-apa tindakan kepada yang culas pun, jarang kita dengar.

Bekas isteri naik turun mahkamah berkali-kali pun, belum tentu lagi setel masalah nafkah anak ni.

Yang jadi bapa pun tak takut azab. Tak bagi nafkah tu dosa sebab hukumnya wajib tapi dosa kan tak nampak, mana nak rasa apa-apa. Yang bini baru takda dah nak ingatkan suami sebab dia nak suami dia fokus dengan anak-anak sekarang, anak-anak diaorang. Anak-anak dulu tu biar bekas isteri la jaga, nak kalut buat apa.

Panjang plak membebel, tapi apa yang saudara Firdaus Wong ni cakap, saya sokong. Kahwin, buat anak, cerai. Kalau tanggungjawab masa bersama pun tiada, lepas dah tak bersama, dia akan bertanggungjawab…?

Wallahualam dan Selamat Hari Bapa…✌️?”

Sumber : Firdaus Shakirin


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This